Wednesday, January 15, 2014

POKOK BUNGA KERTAS

Bougainvilleaspp.
Berasal dari Amerika Selatan. Nama Bougainvillea diambil sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis. Pokok ini tergolong dalam family Nyctaginaceae yang mengandungi 250 spesis. Pokok bunga kertas mendapat jolokan namanya disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai cirri-ciri seperti kertas. Pokok bunga kertas mempunyai bunga berwarna warni yang berkembang sepanjang tahun.Ia menjadi pilihan tanaman hiasan teropika sangat popular kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula mudah. Pembiakannya amat mudah iaitu hanya memerlukan keratan batang yang boleh disemai di dalam beg plastik atau pasu. Bunganya bersaiz kecil dan berbentuk corong namun penggunaannya begitu baik oleh segelintir masyarakat yang menganyam untuk dandanan rambut,campuran bunga untuk mandian pewangi dan sebagai kegunaan diupacara keagamaan bagi kaum cina dan india.


TEKNIK CANTUMAN BUNGA KERTAS

Cantuman Pucuk
Cantuman pucuk sesuai dilakukan untuk mencantumkan pucuk-pucuk
dari spesies-spesies tumbuhan yang berbeza tetapi dari genus yang sama.
Contohnya , kita boleh mencantumkan pucuk dari beberapa spesies bunga
kertas yang berbeza pada satu pokok bunga kertas. Ini sesuai jika anda
tidak mempunyai halaman rumah yang luas tetapi ingin melihat berbagai
jenis bunga kertas. Tentunya menarik jika terdapat bunga-bunga yang
berbagai warna pada satu pokok.
Persediaan
Mata pisau cukur
Plastik pembungkus lutsinar
Parafilm atau tape paip
Marker pen
Pokok bunga kertas yang
mempunyai tunas
muda(penanti).
Pucuk muda dari pokok lain(pendatang).


LANGKAH PERTAMA
Dapatkan potongan bahagian pucuk pokok yang hendak dicantumkan.
Masukkan hujung pucuk tadi ke dalam segelas air untuk mengelakkan
pucuk layu sebelum langkah seterusnya.
















LANGKAH KE DUA(POKOK PENANTI)
Pilih pucuk yang sesuai untuk dicantumkan pada pokok penanti. Potong
pucuk pada pokok penanti yang mempunyai diameter/ ukuran yang sama
dengan pucuk yang akan dicantumkan.
Belah ranting pucuk tadi seperti ditunjukkan dalam gambar.
Pilih Tunas/Pucuk pokok penanti
yang masih muda/hijau.
Belah ranting pucuk penanti
sepanjang 2 cm.















LANGKAH KE TIGA(PUCUK PENDATANG)
Ambil pucuk muda/hijau dari sumber pokok pendatang lain(sebaikbaiknya
dari sumber pokok yang mempunyai warna bunga yang berlainan
dari pokok penanti).Buang daun-daun pada pucuk yang hendak
dicantumkan, tinggalkan 2 atau 3 daun pucuk yang paling kecil sahaja.
Hiris bahagian hujung pangkal pucuk ini membentuk seperti baji.










LANGKAH KE EMPAT
Masukkan hujung yang berbentuk baji ini di antara celah ranting pucuk
yang dibelah tadi.












LANGKAH KE LIMA
Ikatkan cantuman pucuk ini dengan kepingan plastik atau parafilm atau
tape paip.










LANGKAH KE ENAM
Akhir sekali tuliskan tarikh dan warna sumber tunas cantuman pada
plastik lutsinar. Sungkupkan pucuk yang telah dicantumkan tadi dan ikat di
bahagian bawah. Ini untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak dari
cantuman pokok dan menyebabkannya kering dan mati.
Jika cantuman ini berjaya , anda akan dapat melihat titisan-titisan air yang
dibebaskan oleh pucuk yang baru dicantum, di bahagian dalam plastik.






LANGKAH KE TUJUH
Selepas dua minggu buang sungkupan plastik luar dan buang ikatan plastik
pada cantuman.

 




















VIDEO CARA-CARA CANTUMAN POKOK BUNGA KERTAS





ANTARA POKOK-POKOK BUNGA KERTAS






No comments:

Post a Comment