Pokok Bunga Kekwa
Antara spesies pokok bunga kekwa:
Chrysanthemum aphrodite
Chrysanthemum arcticum
Chrysanthemum argyrophyllum
Chrysanthemum arisanense
Chrysanthemum boreale
Chrysanthemum chalchingolicum
Chrysanthemum chanetii
Chrysanthemum crassum
Chrysanthemum glabriusculum
Chrysanthemum hypargyrum
Chrysanthemum indicum
Chrysanthemum japonense
Chrysanthemum japonicum
Chrysanthemum lavandulifolium
Chrysanthemum mawii
Chrysanthemum maximowiczii
Chrysanthemum mongolicum
Chrysanthemum morii
Chrysanthemum okiense
Chrysanthemum oreastrum
Chrysanthemum ornatum
Chrysanthemum pacificum
Chrysanthemum potentilloides
Chrysanthemum shiwogiku
Chrysanthemum sinuatum
Chrysanthemum vestitum
Chrysanthemum weyrichii
Chrysanthemum yoshinaganthum
Chrysanthemum zawadskii
Pokok Bunga Kekwa (Chrysanthemum) ialah satu genus
yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies
tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae.
Pokok ini berasal dari Asia dan Eropah timur laut.
Spesies-spesies Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta berwarna putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar. Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan.
Pengolahan
dalam sistem taksonomi
Pada suatu masa, genus ini
merangkumi banyak lagi spesies tetapi beberapa dekad dahulu, genus ini telah
dibahagikan menjadi banyak genus; perkembangan penamaan genus-genus itu telah
menimbulkan perbalahan. Bagaimanapun, satu keputusan oleh Kod Antarabangsa
Tatanama Botani (ICBN) pada tahun 1999 telah menyebabkan Chrysanthemum
indicum dijadikan genus pentakrifan dan oleh itu, memulihkan kedudukan
bunga kekwa yang dijual dalam kedai bunga kepada genus Chrysanthemum.
Selepas pembahagian genus-genus tetapi sebelum keputusan ICBN, spesies-spesies Chrysanthemum
itu biasa menggunakan nama Dendranthema.
Spesies-spesies lain yang dahulu diolah Chrysanthemum sebagai dari pandangan yang sempit kini dialih kepada genus Glebionis. Genus-genus yang diasingkan daripada Chrysanthemum termasuk Argyranthemum, Leucanthemopsis, Leucanthemum, Rhodanthemum, dan Tanacetum.
Sejarah
Pokok bunga kekwa ditanam di China
sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien,
sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini
diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun
mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya.
Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.
Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga".
Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.
Kegunaan
Penggunaan
sebagai hiasan
Bunga-bunga kekwa yang moden jauh
lebih menonjol berbanding saudara-saudara liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai
berbagai-bagai bentuk yang merupkan bunga daisi, perhiasan, pom-pom dan butang.
Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-ribu kultivar yang
diperkembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning tradisi,
warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, unggu, dan merah.
Kacukan yang paling penting ialah Chrysanthemum × morifolium (syn. C.
× grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum,
tetapi juga melibatkan spesies-spesies yang lain.
Daun-daun pokok bunga kekwa juga kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara rapatnya (sehingga rumpai ini kekadang digelarkan 'pokok bunga kekwa liar'), dan oleh itu, tidak amat digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah dan Jepun, bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan positif dan riang.
Penggunaan
untuk masak-memasak
Bunga-bunga kekwa sering kalinya
dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh
bunga kekwa" (菊花茶, pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam
sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan,
termasuk pemulihan daripada demam selesema.
Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (Bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa Jepun: 春菊[シュンギク]).
Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.
Spesies-spesies Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta berwarna putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar. Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan.
Pengolahan
dalam sistem taksonomi
Pada suatu masa, genus ini
merangkumi banyak lagi spesies tetapi beberapa dekad dahulu, genus ini telah
dibahagikan menjadi banyak genus; perkembangan penamaan genus-genus itu telah
menimbulkan perbalahan. Bagaimanapun, satu keputusan oleh Kod Antarabangsa
Tatanama Botani (ICBN) pada tahun 1999 telah menyebabkan Chrysanthemum
indicum dijadikan genus pentakrifan dan oleh itu, memulihkan kedudukan
bunga kekwa yang dijual dalam kedai bunga kepada genus Chrysanthemum.
Selepas pembahagian genus-genus tetapi sebelum keputusan ICBN, spesies-spesies Chrysanthemum
itu biasa menggunakan nama Dendranthema.Spesies-spesies lain yang dahulu diolah Chrysanthemum sebagai dari pandangan yang sempit kini dialih kepada genus Glebionis. Genus-genus yang diasingkan daripada Chrysanthemum termasuk Argyranthemum, Leucanthemopsis, Leucanthemum, Rhodanthemum, dan Tanacetum.
Sejarah
Pokok bunga kekwa ditanam di China
sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien,
sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini
diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun
mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya.
Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga".
Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.
Kegunaan
Penggunaan
sebagai hiasan
Bunga-bunga kekwa yang moden jauh
lebih menonjol berbanding saudara-saudara liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai
berbagai-bagai bentuk yang merupkan bunga daisi, perhiasan, pom-pom dan butang.
Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-ribu kultivar yang
diperkembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning tradisi,
warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, unggu, dan merah.
Kacukan yang paling penting ialah Chrysanthemum × morifolium (syn. C.
× grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum,
tetapi juga melibatkan spesies-spesies yang lain.Daun-daun pokok bunga kekwa juga kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara rapatnya (sehingga rumpai ini kekadang digelarkan 'pokok bunga kekwa liar'), dan oleh itu, tidak amat digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah dan Jepun, bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan positif dan riang.
Penggunaan
untuk masak-memasak
Bunga-bunga kekwa sering kalinya
dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh
bunga kekwa" (菊花茶, pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam
sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan,
termasuk pemulihan daripada demam selesema.Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (Bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa Jepun: 春菊[シュンギク]).
Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.
No comments:
Post a Comment