Thursday, January 16, 2014

Pokok Bunga Ros


Pokok bunga mawar atau ros adalah tanaman hiasan yang memunyai bau yang harum dan kelopak yang cantik. Bunga ros mempunyai hampir 100 spesies. Pokok ros merupakan tanaman memanjat yang boleh mencapai tinggi sehingga 2 meter hingga 5 meter. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20 meter tinggi. Tanaman ros juga amat mudah diserang penyakit. Walaubagaimanapun, dengan penjagaan air dan pembajaan yang mencukupi dapat mengalakkan pertumbuhan daun dan bunga ros ini. Biasanya bunga ros  amat sesuai dengan baja tahi ayam. Selain itu, kulit udang, kulit pisang, kulit telur dan air basuhan ikan boleh juga dijadikan sebagai penyubur pokok bunga ros. 

Pokok bunga ros memang cantik  bila kita pandai menatanya di laman kediaman kita. Walaupun dengan iklim panas di negara kita, saya percaya pokok bunga ros masih boleh dijadikan satu tanaman yang menjadi pilihan dihati peminat-peminat landskap di luar sana kerana ia memerlukan cahaya secara terus selama 6 jam sehari. Entri akan datang saya akan tunjukkan penataan bunga ros di laman rumah milik seorang peminat bunga ros. Beliau berjaya membuktikan bahawa pokok bunga ros boleh hidup subur dan menghasilkan bunga yang merimbun cantik dengan penjagaan yang betul. Sekarang nie jom kita mencuci mata dan KAGUM dengan penataan pokok bunga ros di luar negara.


Bunga ros boleh menghasilkan pelbagai produk kosmetik seperti haruman (perfume), kegunaan spa, pati air ros dan sebagai penenang jiwa. Kelopak bunga ros boleh digunakan untuk melembutkan kulit wajah dan menghilangkan bintik-bintik hitam. 


mawar kuning


Wednesday, January 15, 2014

POKOK BUNGA KERTAS

Bougainvilleaspp.
Berasal dari Amerika Selatan. Nama Bougainvillea diambil sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis. Pokok ini tergolong dalam family Nyctaginaceae yang mengandungi 250 spesis. Pokok bunga kertas mendapat jolokan namanya disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai cirri-ciri seperti kertas. Pokok bunga kertas mempunyai bunga berwarna warni yang berkembang sepanjang tahun.Ia menjadi pilihan tanaman hiasan teropika sangat popular kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula mudah. Pembiakannya amat mudah iaitu hanya memerlukan keratan batang yang boleh disemai di dalam beg plastik atau pasu. Bunganya bersaiz kecil dan berbentuk corong namun penggunaannya begitu baik oleh segelintir masyarakat yang menganyam untuk dandanan rambut,campuran bunga untuk mandian pewangi dan sebagai kegunaan diupacara keagamaan bagi kaum cina dan india.


TEKNIK CANTUMAN BUNGA KERTAS

Cantuman Pucuk
Cantuman pucuk sesuai dilakukan untuk mencantumkan pucuk-pucuk
dari spesies-spesies tumbuhan yang berbeza tetapi dari genus yang sama.
Contohnya , kita boleh mencantumkan pucuk dari beberapa spesies bunga
kertas yang berbeza pada satu pokok bunga kertas. Ini sesuai jika anda
tidak mempunyai halaman rumah yang luas tetapi ingin melihat berbagai
jenis bunga kertas. Tentunya menarik jika terdapat bunga-bunga yang
berbagai warna pada satu pokok.
Persediaan
Mata pisau cukur
Plastik pembungkus lutsinar
Parafilm atau tape paip
Marker pen
Pokok bunga kertas yang
mempunyai tunas
muda(penanti).
Pucuk muda dari pokok lain(pendatang).


LANGKAH PERTAMA
Dapatkan potongan bahagian pucuk pokok yang hendak dicantumkan.
Masukkan hujung pucuk tadi ke dalam segelas air untuk mengelakkan
pucuk layu sebelum langkah seterusnya.
















LANGKAH KE DUA(POKOK PENANTI)
Pilih pucuk yang sesuai untuk dicantumkan pada pokok penanti. Potong
pucuk pada pokok penanti yang mempunyai diameter/ ukuran yang sama
dengan pucuk yang akan dicantumkan.
Belah ranting pucuk tadi seperti ditunjukkan dalam gambar.
Pilih Tunas/Pucuk pokok penanti
yang masih muda/hijau.
Belah ranting pucuk penanti
sepanjang 2 cm.















LANGKAH KE TIGA(PUCUK PENDATANG)
Ambil pucuk muda/hijau dari sumber pokok pendatang lain(sebaikbaiknya
dari sumber pokok yang mempunyai warna bunga yang berlainan
dari pokok penanti).Buang daun-daun pada pucuk yang hendak
dicantumkan, tinggalkan 2 atau 3 daun pucuk yang paling kecil sahaja.
Hiris bahagian hujung pangkal pucuk ini membentuk seperti baji.










LANGKAH KE EMPAT
Masukkan hujung yang berbentuk baji ini di antara celah ranting pucuk
yang dibelah tadi.












LANGKAH KE LIMA
Ikatkan cantuman pucuk ini dengan kepingan plastik atau parafilm atau
tape paip.










LANGKAH KE ENAM
Akhir sekali tuliskan tarikh dan warna sumber tunas cantuman pada
plastik lutsinar. Sungkupkan pucuk yang telah dicantumkan tadi dan ikat di
bahagian bawah. Ini untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak dari
cantuman pokok dan menyebabkannya kering dan mati.
Jika cantuman ini berjaya , anda akan dapat melihat titisan-titisan air yang
dibebaskan oleh pucuk yang baru dicantum, di bahagian dalam plastik.






LANGKAH KE TUJUH
Selepas dua minggu buang sungkupan plastik luar dan buang ikatan plastik
pada cantuman.

 




















VIDEO CARA-CARA CANTUMAN POKOK BUNGA KERTAS





ANTARA POKOK-POKOK BUNGA KERTAS






POKOK BUNGA RAYA

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan PersekutuanTanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.



CARA-CARA PENANAMAN
Bunga Raya adalah tanaman hiasan yang mudah dibiak dan ditanam. Bunga Raya jenis Hibiscus rosa-sinensis iaitu Bunga Kebangsaan kita amat sesuai ditanam di negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Bunga Raya biasanya ditanam menggunakan cara “Keratan Batang”


Penanaman Di Atas Tanah


1) Jarak tanaman yang sesuai adalah di antara 0.5m – 1.5m mengikut kesesuaian dan tujuan penanaman.
2) Saiz lubang tanaman adalah di antara 0.3m – 0.5m (lebar x dalam x tinggi)
3) Teknik menanaman adalah sama seperti penanaman di dalam pasu.
4) Pancang diperlukan bagi bunga raya yang melebihi ketinggian 1 meter untuk mengelakkan pokok daripada tumbang.
5) Sungkupan diperlukan untuk menutup tanah di sekeliling pokok bagi mengekalkan kelembapan dan mengawal pertumbuhan rumpai. Antara bahan yang boleh diguinakan sebagai sungkupan ialah jerami padi, sabut kelapa dan sebagainya.


Penyiraman


1) Penyiraman adalah perlu dan hendaklah dilakukan pada kadar yang mencukupi. Bagi pokok yang baru ditanam, penyiraman dilakukan 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang.
2) Penyiraman boleh dikurangkan apabila pokok telah besar.



Merumpai dan Menggembur


1) Merumpai perlu dilakukan bagi mengurangkan persaingan baja, air dan cahaya matahari. Ia juga boleh mengelakkan daripada menjadi habitat kepada serangga dan penyakit. Kerja-kerja merumpai perlu dilakukan secara berterusan.
2) Penggemburan dilakukan untuk melonggarkan tanah yang padat dan keras bagi menggalakkan pengudaraan tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan subur.



Pembajaan


1) Kadar dan kekerapan pembajaan bergantung kepada peningkatan tumbesaran pokok.
2) Bagi peringkat awal pertumbuhan (1-5 bulan), baja yang sesuai adalah NPK hijau (15:15:15) antara 25-50 gram setiap pokok dengan kekerapan sebulan sekali.
3) Selepas 6 bulan, bagi menggalakkan mengeluaran bunga, guna baja (12:12:17:2) antara 25-50 gram setiap pokok dengan kekerapan sebulan sekali.



Pemangkasan


1) Tujuan pemangkasan adalah untuk membentuk pokok, membuang dahan yang rosak, berpenyakit dan mati.
2) Oleh kerana pokok bunga raya berbunga di hujung ranting/pucuk (Terminal Flowering), pemangkasan hujung ranting/pucuk akan mengganggu pengeluaran bunga.
3) Oleh itu keperluan pemangkasan adalah bergantung kepada tujuan penanaman.
·  Supaya pokok bunga raya berbunga dengan lebat dan berterusan, pemangkasan hendaklah dikurangkan dan dilakukan bila perlu sahaja.
·  Pemangkasan adalah paling sesuai untuk penanaman pagaran dan topiari sahaja pokok tidak akan berbunga dengan lebat.


Penyakit dan Serangga Perosak


1) Secara amnya, pokok bunga raya adalah agak tahan lasak dan tidak mudah diserang serangga dan penyakit.
2) Antara serangga perosak yang kerapkali didapati menyerang bunga raya ialah kutu daun (aphids) dan koya (mealybug). Serangga ini didapati menghisap batang dan daun bunga raya. Serangan serangga juga mengakibatkan kudup bunga gugur.
3) Cara kawalan ialah dengan menggunakan racun serangga yang bersesuaian.










Thursday, January 2, 2014


Ati-ati



Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok saka yang berasal dari kawasan tropika di Afrika, Asia, Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam genus Plectranthus.
Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.
Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.
Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.
Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.
Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.

Teknik menanam dan menjaga
Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air disebabkan keadaan ini akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.
Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.
Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.
Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.



Pokok Bunga Kekwa




Antara spesies pokok bunga kekwa:

Chrysanthemum aphrodite
Chrysanthemum arcticum
Chrysanthemum argyrophyllum
Chrysanthemum arisanense
Chrysanthemum boreale
Chrysanthemum chalchingolicum
Chrysanthemum chanetii
Chrysanthemum crassum
Chrysanthemum glabriusculum
Chrysanthemum hypargyrum
Chrysanthemum indicum
Chrysanthemum japonense
Chrysanthemum japonicum
Chrysanthemum lavandulifolium
Chrysanthemum mawii
Chrysanthemum maximowiczii
Chrysanthemum mongolicum
Chrysanthemum morii
Chrysanthemum okiense
Chrysanthemum oreastrum
Chrysanthemum ornatum
Chrysanthemum pacificum

Chrysanthemum potentilloides
Chrysanthemum shiwogiku
Chrysanthemum sinuatum
Chrysanthemum vestitum
Chrysanthemum weyrichii
Chrysanthemum yoshinaganthum
Chrysanthemum zawadskii

Pokok Bunga Kekwa (Chrysanthemum) ialah satu genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae. Pokok ini berasal dari Asia dan Eropah timur laut.
Spesies-spesies Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta berwarna putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar. Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan.

Pengolahan dalam sistem taksonomi

Pada suatu masa, genus ini merangkumi banyak lagi spesies tetapi beberapa dekad dahulu, genus ini telah dibahagikan menjadi banyak genus; perkembangan penamaan genus-genus itu telah menimbulkan perbalahan. Bagaimanapun, satu keputusan oleh Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN) pada tahun 1999 telah menyebabkan Chrysanthemum indicum dijadikan genus pentakrifan dan oleh itu, memulihkan kedudukan bunga kekwa yang dijual dalam kedai bunga kepada genus Chrysanthemum. Selepas pembahagian genus-genus tetapi sebelum keputusan ICBN, spesies-spesies Chrysanthemum itu biasa menggunakan nama Dendranthema.
Spesies-spesies lain yang dahulu diolah Chrysanthemum sebagai dari pandangan yang sempit kini dialih kepada genus Glebionis. Genus-genus yang diasingkan daripada Chrysanthemum termasuk Argyranthemum, Leucanthemopsis, Leucanthemum, Rhodanthemum, dan Tanacetum.

Sejarah

Pokok bunga kekwa ditanam di China sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya. Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.
Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga".

Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.

Kegunaan

Penggunaan sebagai hiasan

Bunga-bunga kekwa yang moden jauh lebih menonjol berbanding saudara-saudara liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai berbagai-bagai bentuk yang merupkan bunga daisi, perhiasan, pom-pom dan butang. Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-ribu kultivar yang diperkembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning tradisi, warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, unggu, dan merah. Kacukan yang paling penting ialah Chrysanthemum × morifolium (syn. C. × grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum, tetapi juga melibatkan spesies-spesies yang lain.
Daun-daun pokok bunga kekwa juga kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara rapatnya (sehingga rumpai ini kekadang digelarkan 'pokok bunga kekwa liar'), dan oleh itu, tidak amat digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah dan Jepun, bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan positif dan riang.

Penggunaan untuk masak-memasak

Bunga-bunga kekwa sering kalinya dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh bunga kekwa" (, pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.
Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (Bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa Jepun: 春菊[シュンギク]).
Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.