Thursday, January 16, 2014

Pokok Bunga Ros


Pokok bunga mawar atau ros adalah tanaman hiasan yang memunyai bau yang harum dan kelopak yang cantik. Bunga ros mempunyai hampir 100 spesies. Pokok ros merupakan tanaman memanjat yang boleh mencapai tinggi sehingga 2 meter hingga 5 meter. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20 meter tinggi. Tanaman ros juga amat mudah diserang penyakit. Walaubagaimanapun, dengan penjagaan air dan pembajaan yang mencukupi dapat mengalakkan pertumbuhan daun dan bunga ros ini. Biasanya bunga ros  amat sesuai dengan baja tahi ayam. Selain itu, kulit udang, kulit pisang, kulit telur dan air basuhan ikan boleh juga dijadikan sebagai penyubur pokok bunga ros. 

Pokok bunga ros memang cantik  bila kita pandai menatanya di laman kediaman kita. Walaupun dengan iklim panas di negara kita, saya percaya pokok bunga ros masih boleh dijadikan satu tanaman yang menjadi pilihan dihati peminat-peminat landskap di luar sana kerana ia memerlukan cahaya secara terus selama 6 jam sehari. Entri akan datang saya akan tunjukkan penataan bunga ros di laman rumah milik seorang peminat bunga ros. Beliau berjaya membuktikan bahawa pokok bunga ros boleh hidup subur dan menghasilkan bunga yang merimbun cantik dengan penjagaan yang betul. Sekarang nie jom kita mencuci mata dan KAGUM dengan penataan pokok bunga ros di luar negara.


Bunga ros boleh menghasilkan pelbagai produk kosmetik seperti haruman (perfume), kegunaan spa, pati air ros dan sebagai penenang jiwa. Kelopak bunga ros boleh digunakan untuk melembutkan kulit wajah dan menghilangkan bintik-bintik hitam. 


mawar kuning


No comments:

Post a Comment