Pokok bunga mawar atau
ros adalah tanaman hiasan yang memunyai bau yang harum dan kelopak yang cantik.
Bunga ros mempunyai hampir 100 spesies. Pokok ros merupakan tanaman memanjat
yang boleh mencapai tinggi sehingga 2 meter hingga 5 meter. Kadang-kadang boleh
mencecah sehingga 20 meter tinggi. Tanaman ros juga amat mudah diserang
penyakit. Walaubagaimanapun, dengan penjagaan air dan pembajaan yang mencukupi
dapat mengalakkan pertumbuhan daun dan bunga ros ini. Biasanya bunga ros
amat sesuai dengan baja tahi ayam. Selain itu, kulit udang, kulit pisang,
kulit telur dan air basuhan ikan boleh juga dijadikan sebagai penyubur pokok bunga
ros.
Pokok bunga ros memang
cantik bila kita pandai menatanya di laman kediaman kita. Walaupun dengan
iklim panas di negara kita, saya percaya pokok bunga ros masih boleh dijadikan
satu tanaman yang menjadi pilihan dihati peminat-peminat landskap di luar sana
kerana ia memerlukan cahaya secara terus selama 6 jam sehari. Entri akan datang
saya akan tunjukkan penataan bunga ros di laman rumah milik seorang peminat
bunga ros. Beliau berjaya membuktikan bahawa pokok bunga ros boleh hidup subur
dan menghasilkan bunga yang merimbun cantik dengan penjagaan yang betul.
Sekarang nie jom kita mencuci mata dan KAGUM dengan penataan pokok bunga ros di
luar negara.
Bunga ros boleh menghasilkan pelbagai produk
kosmetik seperti haruman (perfume), kegunaan spa, pati air ros dan sebagai
penenang jiwa. Kelopak bunga ros boleh digunakan untuk melembutkan kulit wajah
dan menghilangkan bintik-bintik hitam.
mawar kuning
Wednesday, January 15, 2014
POKOK
BUNGA KERTAS
Bougainvilleaspp.
Berasal dari Amerika Selatan. Nama Bougainvillea
diambil sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut
Perancis. Pokok ini tergolong dalam family Nyctaginaceae yang mengandungi 250
spesis. Pokok bunga kertas mendapat jolokan namanya disebabkan bunganya yang
nipis dan mempunyai cirri-ciri seperti kertas. Pokok bunga kertas mempunyai
bunga berwarna warni yang berkembang sepanjang tahun.Ia menjadi pilihan tanaman
hiasan teropika sangat popular kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula
mudah. Pembiakannya amat mudah iaitu hanya memerlukan keratan batang yang boleh
disemai di dalam beg plastik atau pasu. Bunganya bersaiz kecil dan berbentuk
corong namun penggunaannya begitu baik oleh segelintir masyarakat yang
menganyam untuk dandanan rambut,campuran bunga untuk mandian pewangi dan
sebagai kegunaan diupacara keagamaan bagi kaum cina dan india.
TEKNIK CANTUMAN BUNGA KERTAS
Cantuman Pucuk
Cantuman pucuk sesuai dilakukan untuk mencantumkan
pucuk-pucuk
dari spesies-spesies tumbuhan yang berbeza tetapi dari
genus yang sama.
Contohnya , kita boleh mencantumkan pucuk dari beberapa
spesies bunga
kertas yang berbeza pada satu pokok bunga kertas. Ini
sesuai jika anda
tidak mempunyai halaman rumah yang luas tetapi ingin
melihat berbagai
jenis bunga kertas. Tentunya menarik jika terdapat
bunga-bunga yang
berbagai warna pada satu pokok.
Persediaan
Mata pisau cukur
Plastik
pembungkus lutsinar
Parafilm atau
tape paip
Marker pen
Pokok bunga
kertas yang
mempunyai tunas
muda(penanti).
Pucuk muda dari
pokok lain(pendatang).
LANGKAH PERTAMA
Dapatkan potongan bahagian pucuk pokok yang hendak
dicantumkan.
Masukkan hujung pucuk tadi ke dalam segelas air untuk
mengelakkan
pucuk layu sebelum langkah seterusnya.
LANGKAH KE DUA(POKOK PENANTI)
Pilih pucuk yang sesuai untuk dicantumkan pada pokok
penanti. Potong
pucuk pada pokok penanti yang mempunyai diameter/ ukuran
yang sama
dengan pucuk yang akan dicantumkan.
Belah ranting pucuk tadi seperti ditunjukkan dalam
gambar.
Pilih Tunas/Pucuk pokok penanti
yang masih muda/hijau.
Belah ranting pucuk penanti
sepanjang 2 cm.
LANGKAH KE TIGA(PUCUK PENDATANG)
Ambil pucuk muda/hijau dari sumber pokok pendatang
lain(sebaikbaiknya
dari sumber pokok yang mempunyai warna bunga yang
berlainan
dari pokok penanti).Buang daun-daun pada pucuk yang
hendak
dicantumkan, tinggalkan 2 atau 3 daun pucuk yang paling
kecil sahaja.
Hiris
bahagian hujung pangkal pucuk ini membentuk seperti baji.
LANGKAH KE EMPAT
Masukkan hujung yang berbentuk baji ini di antara celah
ranting pucuk
yang
dibelah tadi.
LANGKAH KE LIMA
Ikatkan cantuman pucuk ini dengan kepingan plastik atau
parafilm atau
tape
paip.
LANGKAH KE ENAM
Akhir sekali tuliskan tarikh dan warna sumber tunas
cantuman pada
plastik lutsinar. Sungkupkan pucuk yang telah
dicantumkan tadi dan ikat di
bahagian bawah. Ini untuk mengelakkan kehilangan air
yang banyak dari
cantuman pokok dan menyebabkannya kering dan mati.
Jika cantuman ini berjaya , anda akan dapat melihat
titisan-titisan air yang
dibebaskan
oleh pucuk yang baru dicantum, di bahagian dalam plastik.
LANGKAH KE TUJUH
Selepas dua minggu buang sungkupan plastik luar dan
buang ikatan plastik
pada
cantuman.
VIDEO CARA-CARA CANTUMAN POKOK BUNGA KERTAS
ANTARA POKOK-POKOK BUNGA KERTAS
POKOK BUNGA RAYA
Bunga raya, juga dikenali
sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus
rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun
dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga
kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian
Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih
sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian
telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga
Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga
Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga
Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28
Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan
PersekutuanTanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung
dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan
Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai
hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah,
keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah
dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning
bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini
digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
CARA-CARA PENANAMAN
Bunga Raya adalah tanaman hiasan yang mudah
dibiak dan ditanam. Bunga Raya jenis Hibiscus rosa-sinensis iaitu Bunga
Kebangsaan kita amat sesuai ditanam di negara yang beriklim panas dan lembap
sepanjang tahun. Bunga Raya biasanya ditanam menggunakan cara “Keratan Batang”
Penanaman Di Atas Tanah
1)Jarak tanaman yang sesuai adalah di antara 0.5m – 1.5m mengikut
kesesuaian dan tujuan penanaman. 2)Saiz lubang tanaman adalah
di antara 0.3m – 0.5m (lebar x dalam x tinggi) 3)Teknik menanaman adalah
sama seperti penanaman di dalam pasu. 4)Pancang diperlukan bagi
bunga raya yang melebihi ketinggian 1 meter untuk mengelakkan pokok daripada
tumbang. 5)Sungkupan diperlukan untuk
menutup tanah di sekeliling pokok bagi mengekalkan kelembapan dan mengawal
pertumbuhan rumpai. Antara bahan yang boleh diguinakan sebagai sungkupan ialah
jerami padi, sabut kelapa dan sebagainya.
Penyiraman
1)Penyiraman adalah perlu dan hendaklah dilakukan pada kadar yang
mencukupi. Bagi pokok yang baru ditanam, penyiraman dilakukan 2 kali sehari
pada waktu pagi dan petang. 2)Penyiraman boleh
dikurangkan apabila pokok telah besar.
Merumpai dan Menggembur
1)Merumpai perlu dilakukan bagi mengurangkan persaingan baja, air
dan cahaya matahari. Ia juga boleh mengelakkan daripada menjadi habitat kepada
serangga dan penyakit. Kerja-kerja merumpai perlu dilakukan secara berterusan. 2)Penggemburan dilakukan
untuk melonggarkan tanah yang padat dan keras bagi menggalakkan pengudaraan
tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan subur.
Pembajaan
1)Kadar dan kekerapan pembajaan bergantung kepada peningkatan
tumbesaran pokok. 2)Bagi peringkat awal
pertumbuhan (1-5 bulan), baja yang sesuai adalah NPK hijau (15:15:15) antara
25-50 gram setiap pokok dengan kekerapan sebulan sekali. 3)Selepas 6 bulan, bagi
menggalakkan mengeluaran bunga, guna baja (12:12:17:2) antara 25-50 gram setiap
pokok dengan kekerapan sebulan sekali.
Pemangkasan
1) Tujuan pemangkasan adalah untuk membentuk
pokok, membuang dahan yang rosak, berpenyakit dan mati.
2) Oleh kerana pokok bunga raya berbunga di
hujung ranting/pucuk (Terminal Flowering), pemangkasan hujung ranting/pucuk
akan mengganggu pengeluaran bunga.
3) Oleh itu keperluan pemangkasan adalah
bergantung kepada tujuan penanaman.
·
Supaya pokok bunga raya berbunga dengan lebat dan berterusan,
pemangkasan hendaklah dikurangkan dan dilakukan bila perlu sahaja.
· Pemangkasan adalah
paling sesuai untuk penanaman pagaran dan topiari sahaja pokok tidak akan
berbunga dengan lebat.
Penyakit dan Serangga Perosak
1)Secara amnya, pokok bunga raya adalah agak tahan lasak dan tidak
mudah diserang serangga dan penyakit. 2)Antara serangga perosak
yang kerapkali didapati menyerang bunga raya ialah kutu daun (aphids) dan koya
(mealybug). Serangga ini didapati menghisap batang dan daun bunga raya.
Serangan serangga juga mengakibatkan kudup bunga gugur. 3)Cara kawalan ialah dengan
menggunakan racun serangga yang bersesuaian.
Thursday, January 2, 2014
Ati-ati
Pokok Ati-ati
merupakan sejenis pokok saka yang berasal
dari kawasan tropika di Afrika, Asia, Australia, Hindia
Timur, Kepulauan
Melayu dan Filipina. Dahulunya
dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini
kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam
genus Plectranthus.
Pokok Ati-ati
merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna.
Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai
tanaman penghias taman.
Pokok ati-ati
ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku
dan Australia sebagai pokok penghias taman.
Kelainan Coleus
terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam
serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang
paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia
mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat
dan tidak memerlukan penjagaan rapi.
Spesies ini
anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi
rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti
sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya).
Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.
Bunga ati-ati
menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia
memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak
tahan kemarau.
Teknik menanam dan menjaga
Pokok ati-ati
sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak
menakung air disebabkan keadaan ini akan membantu pertumbuhan dan proses
pengakaran yang baik.
Baja kimia yang
tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali
untuk mendapatkan daun yang cantik.
Pokok ati-ati
memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok
yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah
berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi
menampakkan serinya.
Oleh itu,
selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan
pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk
berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian
pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.
Pokok Bunga Kekwa (Chrysanthemum) ialah satu genus
yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies
tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae.
Pokok ini berasal dari Asia dan Eropah timur laut. Spesies-spesies Chrysanthemum
adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Daunnya
berbentuk cuping dan bunganya besar serta berwarna putih, kuning, atau merah
jambu dalam spesies liar. Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva
sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan.
Pengolahan
dalam sistem taksonomi
Pada suatu masa, genus ini
merangkumi banyak lagi spesies tetapi beberapa dekad dahulu, genus ini telah
dibahagikan menjadi banyak genus; perkembangan penamaan genus-genus itu telah
menimbulkan perbalahan. Bagaimanapun, satu keputusan oleh Kod Antarabangsa
Tatanama Botani (ICBN) pada tahun 1999 telah menyebabkan Chrysanthemum
indicum dijadikan genus pentakrifan dan oleh itu, memulihkan kedudukan
bunga kekwa yang dijual dalam kedai bunga kepada genus Chrysanthemum.
Selepas pembahagian genus-genus tetapi sebelum keputusan ICBN, spesies-spesies Chrysanthemum
itu biasa menggunakan nama Dendranthema. Spesies-spesies lain yang dahulu
diolah Chrysanthemum sebagai dari pandangan yang sempit kini dialih
kepada genus Glebionis.
Genus-genus yang diasingkan daripada Chrysanthemum termasuk Argyranthemum, Leucanthemopsis,
Leucanthemum, Rhodanthemum, dan Tanacetum.
Sejarah
Pokok bunga kekwa ditanam di China
sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien,
sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini
diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun
mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya.
Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini. Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat
pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa
Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga
yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga". Bunga kekwa juga digunakan
sebagai lambang untuk bunga November.
Kegunaan
Penggunaan
sebagai hiasan
Bunga-bunga kekwa yang moden jauh
lebih menonjol berbanding saudara-saudara liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai
berbagai-bagai bentuk yang merupkan bunga daisi, perhiasan, pom-pom dan butang.
Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-ribu kultivar yang
diperkembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning tradisi,
warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, unggu, dan merah.
Kacukan yang paling penting ialah Chrysanthemum × morifolium (syn. C.
× grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum,
tetapi juga melibatkan spesies-spesies yang lain. Daun-daun pokok bunga kekwa juga
kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara rapatnya (sehingga rumpai ini
kekadang digelarkan 'pokok bunga kekwa liar'), dan oleh itu, tidak amat
digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah dan Jepun,
bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian
atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan
positif dan riang.
Penggunaan
untuk masak-memasak
Bunga-bunga kekwa sering kalinya
dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh
bunga kekwa" (菊花茶, pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam
sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan,
termasuk pemulihan daripada demam selesema. Beberapa spesies Chrysanthemum
coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam
secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-sayuran
daun yang dikenali sebagai tung ho (Bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa
Jepun: 春菊[シュンギク]). Di China, daun-daun kekwa dimasak
secara mudah dengan bawang putih dan cili kering.
Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan
bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.